Pantun
merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa
tujuannya. Pantun dilahirkan untuk
mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam
konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta
kebudayaan sendiri.
Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas
dikenali dalam bahasa-bahasa
Nusantara. Orang Melayu telah
mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk
membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang
masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya.
Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagaiparikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagaipaparikan. Lazimnya pantun terdiri
empat baris dan berakhir dengan pola a-b, a-b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera
lisan, namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis.
Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu
pantun merupakan adat memelihara
bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga
alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum
berujar. Ia juga
melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.
Pantun juga merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu
lagi. Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan
falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli
dan bernilai seni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan