KATAK YANG SUKA BERLAGAK
Rika ialah seekor katak yang
besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama dengan katak-katak yang lain
yang lebih kecil daripadanya. Ini menyebabkan Rika suka berlagak. Ia menganggap
dirinya paling hebat.
“Lihat,
akulah haiwan yang paling besar di dalam kolam ini!” kata Rika dengan sombongnya. Rika menganggap
dirinya ketua. Katak-katak lain dikerah mencari makanan untuknya.
Pada suatu hari, katak-katak itu
tidak membawa makanan untuk Rika. “Tuan, terdapat anjing yang besar
di tepi kolam. Kami takut untuk keluar mencari makanan,” kata salah seekor katak.
“Apa, ada
haiwan yang lebih besar daripada aku?” jerit Rika dengan marah. “Betul, haiwan itu lebih besar daripada tuan!” jawab katak itu.
Rika berasa sungguh marah. Ia melompat
ke atas batu yang besar di tepi kolam. Kemudian dia menghirup udara dengan
banyaknya. Perutnya mula kelihatan menggelembung. “Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada aku?” tanya Rika.
“Ya, haiwan
itu lagi besar!” kata
katak-katak itu. Rika semakin tidak puas hati. Rika terus menghirup udara.
Perutnya semakin membesar seperti sebiji belon.
Namun Rika masih tidak puas hati.
Ia masih mahu kelihatan lebih besar daripada anjing itu. Tiba-tiba...”Bang!!” Bunyi yang kuat itu mengejutkan katak-katak yang lain. Mereka melihat
perut Rika pecah. Akhirnya Rika mati.
~TAMAT~