Selasa, 29 Mei 2012

Cerita Katak Yang Suka Berlagak


KATAK YANG SUKA BERLAGAK
Rika ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama dengan katak-katak yang lain yang lebih kecil daripadanya. Ini menyebabkan Rika suka berlagak. Ia menganggap dirinya paling hebat.
“Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam kolam ini!” kata Rika dengan sombongnya. Rika menganggap dirinya ketua. Katak-katak lain dikerah mencari makanan untuknya.
Pada suatu hari, katak-katak itu tidak membawa makanan untuk Rika. “Tuan, terdapat anjing  yang besar di tepi kolam. Kami takut untuk keluar mencari makanan,” kata salah seekor katak.
“Apa, ada haiwan yang lebih besar daripada aku?” jerit Rika dengan marah. “Betul, haiwan itu lebih besar daripada tuan!” jawab katak itu.
Rika berasa sungguh marah. Ia melompat ke atas batu yang besar di tepi kolam. Kemudian dia menghirup udara dengan banyaknya. Perutnya mula kelihatan menggelembung. “Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada aku?” tanya Rika.
“Ya, haiwan itu lagi besar!” kata katak-katak itu. Rika semakin tidak puas hati. Rika terus menghirup udara. Perutnya semakin membesar seperti sebiji belon.
Namun Rika masih tidak puas hati. Ia masih mahu kelihatan lebih besar daripada anjing itu. Tiba-tiba...”Bang!!” Bunyi yang kuat itu mengejutkan katak-katak yang lain. Mereka melihat perut Rika pecah. Akhirnya Rika mati.

~TAMAT~

Khamis, 29 Mac 2012

Model Pemprosesan Maklumat Gagne



  • Robert Mills Gagne adalah seorang pendidik Amerika di mana kajian tentang pembelajaran dan pengajaran sangat terpengaruh dengan sekolah Amerika. Robert Mills Gagne yang lahir 21 Ogos 1916, di North AndoverMassachusetts, meraih A.B. Gelar dari Yale tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College untuk Perempuan (1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley(1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidikan untuk Tentera Udara (1949-1958) di tanpa tanah, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan Amerika Syarikat Dinas Pendidikan (1964-1966). Selain itu, ia menjabat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

    Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975)mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada tempat penyimpanan ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
  • Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam tempat penyimpanan ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat :
​1. Pengekodan ('Encoding')
  • Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
2) Penyimpanan ('Storage')
  • Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.
3) Mengingat Kembali ('Retrieval')
  • Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
4) Lupaan ('forgetting')
  • Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang
  • Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer, iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara satu hingga tiga saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ingatan jangka pendek itu akan hilang serta merta.
  • Ingatan jangka panjang dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan procedural. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang bekerja atau ingatan sedar.
  • Pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Burner. Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep direka bentuk untuk mengajar konsep utama dan diaplikasikan kepada pelajaran lain.

IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT



  • Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.
  • Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
  • Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.
  • Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.
  • Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

Isnin, 5 Mac 2012

Isnin, 27 Februari 2012

Lirik Lagu 1 Malaysia

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti


Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bahan Tatabahasa Tahun 5

PIDATO GAGASAN SATU MALAYSIA

Terima kasih saudara pengerusi majlis,

Assalamualaikum pembuka bicara, 
Kepada hakim yang arif bijaksana, 
Tak lupa juga penonton dan pengacara, 
Di majlis ini kita bersua.


Yang di hormati barisan guru-guru, barisan panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan, penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, barisan rakan pelajar dan sidang hadirin yang dirahmati Allah s.w.t.
Assalamualaikum  dan salam intelektual, berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Gagasan Satu Malaysia.


Sidang hadirin yang dimuliakan,


Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan    Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan kepimpinan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi . Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan warganegara majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu gagasan  iaitu  GAGASAN SATU MALAYSIA. Ungkapan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah slogan kepada gagasan tersebut.  Natijah pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan negara  yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Gagasan satu Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula didukung oleh nilai-nilai murni.


Para hadirin yang saya hormati,


Seiringan dengan itu, rakyat Malaysia  yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik serta agama diseru agar bersatu-padu memupuk perpaduan bergerak membentuk satu perpaduan yang mengandungi nilai-nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, keberanian, kesetiaan, ketabahan, integriti dan cintakan ilmu.

Namun perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan seluruh rakyat Malaysia memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, teras aspirasi dan teras perpaduan, Melalui penyatuan rakyat, negara dapat membina satu negara bangsa yang kukuh, progresif, makmur dan muafakat, bak kata bidalan "Muafakat membawa berkat".


Para hadirin yang di rahmati Allah s.w.t.


Pembentukan Gagasan 1Malaysia adalah bermatlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga negara Malaysia. Maka semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Lantaran itu, sama-samalah kita bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju ke arah matlamat Wawasan 2020.


Akhir kata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi pidato saya ini dengan serangkap pantun untuk renungan bersama..

               Toleransi membina  perpaduan,
               perpaduan teras kemajuan,
               gagasan satu Malaysia jadikan panduan,
               agar matlamat wawasan  jadi kenyataan.


Sekian terima kasih.


Bibliografi
http://www.blog.rahsiaanakpintar.com/Pendidikan%20Anak/pidato-kanak-kanak/

Bahan Sastera Tahun 5

SAJAK KEMERDEKAAN 


Merdeka,Merdeka,Merdeka!
Itulah laungan oleh Tunku Abdul Rahman
Itulah detik perjuangan oleh beliau
Tetapi ramai pejuang yang terkorban.

Tanggal 31Ogos 1957
Hari permulaan Tanah Melayu 
Sudah pun merdeka di stadium Merdeka
Stadium Merdeka saksi kemerdekaan

Ketika itulah ramai pejuang yang
Membasahi bumi dengan darah
Ramai penjajah yang mati di tangan pejuang
Demi rela terkorban.

Ramai pejuang mati demi mempertahankan 
Negara Malaysia yang tercinta ini
Demi menjaga bangsa dan agama 
Untuk negara Malaysia ini.

Agar bumi Malaysia ini selamat dari penjajah
Supaya bumi yang tercinta ini
Aman daripada musuh yang jahat
Agar rakyat Malaysia dapat menghayati sejarah
Perjuangan oleh para pejuang.

Ahad, 26 Februari 2012

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA SK TAHUN 5

UNIT 9
Tema : Kebudayaan Malaysia

Bahagian 3
Tajuk: Warisan Disemai Budaya Dikekal.

Hasil Pembelajaran :
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai.
1.5 Aras 3 (i) Membuat perbandingan maklumat tersurat untuk menjelaskan maksud tersirat.

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
7.1 Aras 3 (i) Membuat kesimpulan tentang maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik. 

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk emel yang mudah, menarik, dan bermakna.
10.1 Aras 3 (i) Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

Sistem bahasa:
Tatabahasa : Kata adjektif.
Sebutan intonasi : Sajak
Kosa Kata: Seluar jean, budaya, kebanggaan, satu jiwa

Pengisian Kurikulum :
Ilmu : Kajian Tempatan & Sivik.

Nilai Murni : Hidup bermasyarakat, Hormat-menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah:
KB - menghurai
KP - interpersonal


Rabu, 15 Februari 2012

Senarai Enjin Cari (Search Engine)

1
Google
2
Yahoo
3
Bing
4
Ask
5
duck duck go
6
mahalo
7
dogpile
8
webopedia
9
baidu
10
blekko
11
sogou
12
soso
13
yandex
14
yebol
15
youdao
16
msn
17
jaring
18
alibaba
19
cari.com
20
saja search
21
orangesoft
22
altavista
23
galaxy
24
excite
25
go
26
hotbot
27
aol search
28
live search
29
lycos
30
gigablast
31
alexa
32
ifac
33
demonoid
34
btjunkie
35
flixflulx
36
isohunt
37
mininova
38
torrentz
39
amatomu
40
bloglines
41
blogscope
42
ice rocket
43
blogperfect
44
outbrain
45
Technorati
46
Free book search
47
Banker salmanac
48
Business
49
Hoovers
50
kompass
51
lexis nexis
52
Thomas net
53
Email search
54
Nicado
55
Tek
56
Ask me now
57
Autonomy
58
Diesel point
59
Dtsearch
60
Exalead
61
Expert system
62
Microsoft share point
63
Funnel back
64
Open text
65
Oracle
66
Sap
67
Saic
68
Vivisimo
69
Zylab
70
Omgili
71
Genie knows
72
Cha cha
73
Eurekster
74
Cheat search
75
Rollyo
76
Trexy
77
Wink
78
Accoona
79
Alleba
80
Ansearch
81
Souq
82
Daum
83
Goo
84
Miner
85
Guruji
86
Nadji
87
Naver
88
Onet
89
Rambler
90
Rediff
91
Sapo
92
Search channel
93
Sesam
94
Onkosh
95
Walla
96
Bixee
97
Career builder
98
Craigslist
99
Cvfox
100
Dice
101
Eluta
102
Monster
103
Incruit
104
Indeed
105
Jobs pl
106
Job db
107
Job serve
108
Naukri
109
Simply hired
110
Stepstone
111
The ladders
112
Canadian law list
113
Lawyers
114
Findlaw
115
The lawyer list
116
Martin dale
117
Geo portail
118
Mapquest
119
Via Michelin
120
Bing map
121
Yahoo map
122
Bioinformatic Harvester
123
Ncbi
124
Embl ebi
125
Gopubmed
126
Healia
127
KMLE
128
Search medica
129
Web MD
130
Answer
131
Yippy
132
Info
133
Ixquick
134
Kayak
135
Krozilo
136
Mamma
137
Metacrawler
138
Exlibris group
139
Mobissiomo
140
Seobook
141
Sidestep

142
Surfwax

143
Turbo10
144
Web Crawler